Assalamualaikum.
Hewhew keterujaan.
Yeah finally Alhamdulillah sampai rumah. Hilangkan rasa gerun aku, aku pun tidur jelah sepanjang dalam bas tu. Alhamdulillah, everything telah dipermudahkan. Celik celik mata, dah sampai jaybee.
Cuti? Yup happy cuti, happy holidays. Tapi aku rasa macam aku tak cuti pun. Banyaknyaa kerja nak siapkan. Tarik nafas, hembus. Hehe takper, susah susah dulu senang senang kemudian kan. Mudah-mudahan.
Tadi after solat Maghrib jemaah kat rumah dengan diorang semua, ayah bagi ta'lim jap. Best, sangat best. Tiba-tiba aku macam terharu eh. Kenapa ek. Sebab apa tau. Ayah kata kalau kita nak senang capai satu kejayaan tu, kita kena visualize. Contohnya macam aku nak ambil SPM tahun ni an, aku kenalah bayangkan, aku kena visualize aku naik pentas ambil anugerah dapat straight A's SPM. Aku kena panggil dengan PPD dapat pelajar terbaik kebangsaan. Aku lambai byebye kat family aku, nak bertolak naik flight pergi luar negara. Macam tulah :
Macam waktu zaman Rasulullah SAW, masa perang Khandak. Kan para sahabat semua gali parit sekeliling Madinah kan. Tiba-tiba ada satu batu besar yang menghalang diorang nak teruskan menggali parit. Semua cuba nak pecahkan batu tu, tapi takde satu orang pun yang berjaya.
Jadi, panggillah antara sahabat yang paling kuat, iaitu Salman Al Farisi. Mintalah tolong pecahkan batu tu. Tapi, Salman pun tak dapat nak pecahkan batu tu.
Akhirnya mintalah bantuan daripada Rasulullah SAW. Dengan bantuan Allah, Rasulullah berjaya pecahkan batu tu dengan mudah je. Waktu Rasulullah pecahkan batu tu, umpamanya terkeluar percikan api, atau kita panggil sparks. Sahabat sahabat yang ada kat situ pun nampak keadaan Rasulullah waktu tu.
Jadi semua pun tanya. Wahai Rasulullah, apa yang engkau nampak atau rasakan waktu pecahkan batu tu. Rasulullah pun menjawab, aku nampak suatu masa nanti kalian semua akan dapat menawan Parsi. Kalian semua akan dapat menawan Rom. Dan ketika itu, Parsi dan Rom merupakan kuasa dan negara yang sangat besar dan hebat.
Selepas Rasulullah cakap macamtu, para sahabat semua macam naik semangat dengan apa yang Rasulullah katakan. Semua dah membayangkan kejayaan Islam berada kat atas, menawan negara dan kuasa yang besar, Parsi dan Rom.
Sama juga dengan Muhammad Al Fatih yang setiap hari memandang peta Constantinople dan berazam dan membayangkan suatu hari nanti, dia pasti akan menawan Constantinople. Dia pasti. Dan akhirnya berjaya.
----------------------
Jadi apa yang ayah nak sampaikan tadi, bila nak capai suatu kejayaan, kita kena cuba membayangkan kejayaan tu. Dengan syarat usaha kena tambah, termasuk juga doa. Ayah pun kata, rajinkan solat hajat. Jangan tunggu bila nak exam, baru nak buat solat hajat. Jangan tunggu kat asrama, badar ajak buat solat hajat, baru nak buat solat hajat.
Pastu ayah kata, sebab tu waktu aku haritu bagitau ayah pasal result Ujian, yang addmath aku fail, ayah marah tak gembira pon tidak. Aku pun pelik sebenarnya waktu cakap dalam telefon tu. Aku dah ketawa dalam hati eh. Oh mungkin ayah tak marah sebab dah biasa dengar aku cakap yang addmath aku fail kot. Hehe lol.
Tapi ayah kata, sebab ayah kata ayah percaya aku boleh naik lagi. Awal-awal macam tulah. Tak semestinya ujian down, teruk, kita tak boleh nak tingkatkan lagi. Takper, yg penting usaha kena naikkan iaitu usaha study and usaha mencari bantuan Allah.
Howaa, aku macam terharu eh. Terus naik semangat aku. Syukran ayah. InsyaAllah kakyun buat yang terbaik.
So kawan kawan, jangan down, jangan putus asa. Even teruk mana pun, semua tu sebenarnya nak push kita jadi lagi bersemangat. Percaya kat Allah kan. Percaya ker tak. Percaya kan. Jadi, percayalah yg Dia sentiasa ada dengan kita. Usaha pastu minta bantuan Dia, doa kat Dia, cari Dia. He is always there.
Penat eh sebab asyik dapat fail. Tu Allah nak uji tu, sama ada kita kuatkan diri lagi and usaha lagi ker kita macam ah fail lagi, dahlah malas aku. Usaha banyak mana pun, takde hasilnya juga. Jomlah ek sama sama kita keep going on.
Especially for
Grandeur 0812.
Kita semua boleh InsyaAllah. Fi sabilillah.
Salam alaik.
May Allah bless us.