*lambai lambai
Wow dah lamanya tinggalkan blog ni.
Ya, aku Khairunnisa Zulkifli ter-libat dalam accident minggu lepas. Alhamdulillah taklah teruk sangat. Yang masuk hospital pon aku jek and yang ter-campak keluar dari kereta pon aku jek. Nasib baiklah ter-campak, landing atas roadside, atas rumput tu, dan bukan atas tar. Jujur memang tak ingat apa-apa, sepanjang tu aku pengsan rasanya. Bukak-bukak mata, dah terbaring kat atas katil hospital. Wow.
Alhamdulillah sekarang pon makin better. Dah keluar hospital. Aku rasa itulah perkara yg paling penting dan paling bermakna haha. Keluar hospital. Betapa bosannya hidup kat situ. Awal-awallah, tidur malam tu memang tak sedap sangat. Aku tak mimpi apa-apa, tapi tidur tak sedap. Haihh. Sekarang kat rumah, tidurlah sampai tak boleh keluar dari mimpi haha.
Berkat klinik, alhamdulillah aku dah bersihkan muka. Siapa yg lawat kat hospital, memanglah. Aku pon takut tengok muka aku sendiri haha, alhamdulillah dah okay. Rambut dah bersihkan drpd darah kering. Setiap hari tuam kaki kanan, insyaAllah makin betterlah jalan. Taklah macam ketam sangat :) InsyaAllah lusa buka jahitan. Haah actually kena maraj juga buka lappy ni hehe, sebab mata tak baik sangat. Paling seram pakai ubat matalah. Yg dropping tu, tak reti, seram.
Nanti kenalah buat spec baru. Haha anticipating. Menyala-nyala on off, boleh haha? Ya aku sangat terkejut plus terharu bca kata, post, advice, tolakan dari kawan-2 aku kat facebook. Mungkin macam biasa jek tengok, tapi utk org macam aku, aku sgt berterima kasih, thanks. Alhamdulillah, spirit aku pon dah naik, banyak benda aku dah boleh buat sendiri dah sekarang. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, itu yg aku mampu kata banyak-banyak :)
Ya, waktu kejadian tu, sempat ada manusia yg minta barang dari kereta. Dapatlah dia cekup laptop ayah and handphone adik aku. Nasib baik bag aku kena peluk kuat dengan adik aku, tak dapatlah dia nak ambil apa-apa. Setakat ni xboleh makan ayam, telur, udang. Hmm, takper, boleh hidup lagi haha.
Aku risau sekarang ni ak naik sekolah. Kalau boleh nak cepatlah. Hello people, aku amek SPM tahun ni haha. Jgn main-2. Aku dahlah tak tere mana, tak pandai mana, so, serius ni hihi.
Apa-apapon i am so glad to be home, hampir everyday aku baca post-post manusia tu yg membangkitkan semangat aku tu, hihi aku nak nangislah. Betullah, ajakan, pujukan dari family and friends tu sangat penting an bermakna. InsyaAllah aku take perhatian betul-betul lepasni dalam kereta. Haha. Pakailah seatbelt anda walaupun duduk kat bahagian belakang kereta. Penting tu penting. Hihi tapi accident tu sebab angin lintang, jalan licin, hujan lebat. Waktu tupon, aku tidur, memang tak sedar apa.
Alhamdulillah maybe ni teguran, advice untuk aku, ingatan untuk aku, aku takecare lepas ni betul-betul insyaAllah. Korang pon sama. Mungkin naik sekolah lambat sikit kot, mungkinlah, harap-harap sekejap jek, banyak ni nak kena study. Cuak? Yelaaa. Sorry tapi aku bukan tere sangat hihi. InsyaAllah I'll do my best.
Selamat naik sekolah, Selamat tahun baru, Selamat sekolah baru, Tahniah untuk form3 for your PMR result, Selamat habiskan cuti tinggal seminggu lagi ni hehe.
Handsock grey aku selamat, handphone, jam tangan hijau, beg.
Sandal taktau kat mana. Oh oh.
Best apa sekolah kan kan. Haha. Takecare.
Salam 'alaik.
nisa..
ReplyDeletealhamdulillah dah semakin sihat eh,
cuak betul tgk diorang post kat fb kata awk accident, risauu..
hmm.. sedih betul dgn manusia2 sekarang ni, sempat pulak mencuri eh? :(
smg terus sembuh ye, insha-ALlah
always pray for u dear :)
-nadiazuhrah-
alhandulillah ya. haah takpela biarlah manusia-manusia tu.
ReplyDeleteinsyaAllah, terus doakan juga. tk byk-2.
:)